Felda Travel Bekal Set Penjagaan Kulit Percuma Kepada Jemaah Umrah

“Kami juga percaya set-set penjagaan kulit ELHAJJ ini mampu memberi keselesaan kepada jemaah yang berangkat ke Tanah Suci serta dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna”

Hajah Nora Azmin Radzuan,

Pengarah Urusan Felda Travel Sdn Bhd

KUALA LUMPUR –  Syarikat perlancongan, Felda Travel Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian usahasama dengan pengeluar barangan penjagaan diri halal tempatan, Elhajj Product Sdn. Bhd. bagi membekalkan produk penjagaan kulit khusus untuk jemaah umrah yang berdaftar dengannya.

Kosmo 4 April 2015 (Sabtu)Pengarah Urusan Felda Travel Sdn. Bhd. Nora Azmin Radzuan berkata, melalui perjanjian itu, setiap jemaah yang berdaftar dengan syarikat itu akan dibekalkan set penjagaan kulit mini Elhajj secara percuma.

Menurutnya, set penjagaan itu khusus untuk menjaga kesihatan kulit para jemaah di tanah suci sekaligus membantu para jemaah beribadah dengan selesa kerana produk keluaran Elhajj dijamin halal.

“Kami percaya set-set penjagaan kulit Elhajj ini mampu memberi keselesaan kepada jemaah yang berangkat ke Tanah Suci serta dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna”, katanya selepas menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Felda Travel Sdn. Bhd. dengan Elhajj Products Sdn. Bhd. disini semalam. Jelas Nora Azmin, set mini Elhajj yang dibekalkan kepada para jemaah tersebut akan merangkumi produk seperti pelembap bibir, pencuci muka, krim tumit, serta krim pelembap muka yang amat sesuai ketika mereka mengerjakan ibadah di Tanah Suci.

-Oleh Noor Hasliza Nusi / KOSMO / Negara / Sabtu / 4 April 2015